Wednesday, 28 September 2011

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SESI 2010

Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin
Pelajar Kali Pertama Sesi 2010 
      

 Bacaan Ikrar






Tuesday, 27 September 2011

Kem Motivasi Indahnya Remajaku....


Khusus Untuk Pelajar Tingkatan 4 :

        Pada 12 Julai 2011 ( Selasa )
   




   
Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku....
Bermaaf-maafan

Luahan hati

LDK
Majlis Penutup

Sunday, 25 September 2011

LAGU SEKOLAH SMKP

SMK Pernu sekolah berwawasan
Teguh mendidik anak bangsaku
Ilmu penyuluh masa depan cemerlang
Rajin berusaha putera puterinya
Ke puncak mercu satu impian

Bersama kita melangkah maju
Seiring menuju matlamat nan satu
Kami mendukung harapan bangsaku
Bersatu teguh saling membantu
Budi bahasa amalan wargaku

SMK Pernu penuh harapan
Bersatu mengorak langkah yang pertama
Berganding menuju ke arah cemerlang
Berdisiplin berilmu berwawasan
Menggilap potensi satu harapan
Insan yang kamil dan berketrampilan

Berkatilah warga sekolahku ini
Agar impian menjadi realiti
SMK Pernu tetap di hati
Harum namamu seluruh negeri
Itulah ikrar dan janji kami.

Saturday, 24 September 2011

ABJAD MOTIVASI


A = Asah Bakat Dan Potensi Anda
B = Bayangkan Cita-Cita Besar
C = Ciptalah Kehidupan Yang Baik
D = Doronglah Diri Anda Ke Puncak Jaya
E = Ehsan Sesama Manusia
F = Fikir Masa Depan Anda
G = Gambarkan Kemenangan
H = Hiburkan Diri Anda Dan Orang Lain
I = Impikan Apa Yang Boleh Anda Jadi
J = Jimat Cermat Dalam Segala Hal
K = Kesihatan Diri, Akal Dan Jiwa Harus Diutamakan
L = Lawan Nafsu Jahat Anda
M = Maafkan Kesalahan Orang Lain
N = Nekad Menanggani Masalah
O = Orang Lain Sumber Pengalaman Anda
P = Percaya Pada Ketentuan Illahi
Q = Qiamullail Mendekatkan Diri Kepada Allah
R = Restu Ibu Bapa Membawa Barakah
S = Sentiasa Mempunyai Semangat Ingin Mencuba
T = Tolonglah Orang Yang Memerlukan
U = Usaha Bersungguh-Sungguh
V = Visi Dan Misi Perlu Jelas
W = Waktu Sangat Berharga
X = X-Ray Dan Muhasabah Diri Selalu
Y = Yakin Kemampuan Dan Kebolehan Diri
Z = Zaman Muda Hanya Sekali, Jangan Sia-sia

ALLAH SENTIASA MENGUJI HAMBANYA...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2-3)
.
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)
.
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya..." (QS Al-Baqarah: 286)
.
RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)
.
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)
.
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS At-Taubah: 111)
.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung" (QS At-Taubah: 129)
.
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu, hanyalah orang2 yang sesat." (QS Al-Hijr: 56)

SENARAI TUGAS GURU B&K

1.
Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2.
Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas murid.

3.
Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.

4.
Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.

5.
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum.

6.
Merancang, melaksana, mengawalselia sesi kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7.
Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.

8.
Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata murid elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, STAM dan STPM.

9.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10.
Merancang, menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11.
Merancang, melaksana, mengawalselia  dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.

13.
Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

14.
Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15.
Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17.
Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya di sekolah.

18.
Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19.
Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20.
Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21.
Menjadi penyelaras dalam program  PRS, Kelab Bimbingan dan Kerjaya dan program mentor-mentee sekolah.

22.
Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan murid seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

23.
Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat / Program Peningkatan Keselamatan Sekolah dan Penempatan (Kemasukan) murid di sekolah.

24.
Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

25.
Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

LAGU PRS

Giat berusaha mencapai bahagia
Jati diri dibina
Membantu rakan sesama sebaya
Pembimbing rakan sebaya
Membantu rakan sesama sebaya
Pembimbing rakan sebaya

Kami bukan yang terbaik
Dikalangan yang terpilih
Kami sebagai modal insani
Faham erti sejati
Kami sebagai modal insani
Faham erti sejati

c/o Kami PRS seluruh negara
Pembimbing rakan sebaya
Membina visi nan suci
PRS faham sejati

Etika kami amalkan
Rahsia tetap digenggam
Prinsip piagam jadi panduan
Maruah dipertahankan
Prinsip piagam jadi panduan
Maruah dipertahankan

(ciptaan : Suarno Suardi)

Friday, 23 September 2011

Piagam Pelanggan UBK

1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.

5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.

7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.

8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.

9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.

10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

Monday, 19 September 2011

DARI MEJA PENGETUA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana blog UBK SMK Pernu telah dapat disempurnakan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada JK UBK SMK Pernu atas inisiatif inovasi yang dihasilkan ini.

Blog merupakan satu wadah pengkongsian pintar yang dapat membina nilai-nilai positif,kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu, adalah diharapkan semua pelajar SMK Pernu akan mengambil ruang dan peluang ini untuk berkongsi idea dan pandangan dalam meningkatkan percambahan ilmu dan fikiran ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan UBK SMK Pernu.

Kepada semua pelawat blog ini diharap dapat menggunakan wahana ini untuk berkongsi idea,ilmu, dan pandangan. Fikirkan sesuatu yang positif yang dapat memberi manfaat kepada kecemerlangan diri dan organisasi. Sesungguhnya memuji, mengkritik dan berbeza pendapat itu adalah lumrah kehidupan dan kawan berfikir yang baik.

Semoga Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Pernu akan terus mendukung usaha murni ini.

Wasalam.

SEJENAK DI BILIK UBK SMKP

JK UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Thursday, 15 September 2011

Bagaimana Bersaing dengan Diri Sendiri?


  • Baiki kelemahan diri
  • Jangan buang masa
  • Dapatkan kemahiran melalui pembacaan, pengkajian, hadiri seminar, kursus dan sebagainya
  • Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu
  • Sentiasa mujahadah dengan diri kita sendiri
  • Sentiasa buat yang terbaik dalam segala bidang dan pekerjaan
  • Yakin dengan diri sendiri dan bantuan Tuhan
  • Tinggalkan semua sifat mazmumah (keji) dalam diri
  • Berani melaksanakan langkah bijak yang kita rancang
  • Jangan berhenti selagi belum berjaya

Sekapur sirih


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan, Salam 1 Malaysia.

Apa khabar pelajar-pelajar yang dikasihi?

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah kerana telah berjaya membina blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pernu. Mudah-mudahan para pelajar akan mendapat manfaat yang berguna daripada blog ini.

Blog ini dihasilkan untuk dijadikan sebagai agen pendedahan aktiviti-aktiviti UBK dan seterusnya menjadi tempat luahan rasa para pelajar dalam menempuh alam persekolahan ini. Para pelajar akan menemui pelbagai dugaan dalam menghadapi hidup yang semakin mencabar. Gangguan emosi dan ketidak tenteraman jiwa dan perasaan boleh menggugat pembelajaran anda di bilik darjah. Jangan biarkan perasaan menguasai diri anda. Anda perlukan teman untuk berbincang dan berbual. Temuilah kaunselor anda yang sedia untuk mendengar, memahami dan seterusnya membantu anda.

Mudah-mudahan anda akan mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup.

Wassalam.

Tuesday, 13 September 2011

Transformasi Perkhidmatan UBK

Bersedia memberikan khidmat kepada anda tanpa syarat. 

"Senyum selalu mendapat berkat, berhubung selalu banyak maklumat."

"Kunci kejayaan dalam perhubungan manusia ialah untuk melayan manusia yang memerlukan idea dan perasaan yang perlu dihormati walaupun kita tidak bersetuju dengan mereka"


Renungan : 

Kita tidak dilahirkan terus,
- Berjaya, bahagia ,pandai, menang...

Dan kita juga tidak dilahirkan terus,
- Gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah...
Tetapi kita mempunyai potensi untuk kedua-duanya.