Anda telah berjaya memperolehi keputasan yang cemerlang dan yang terbaik kerana anda telah mencapai kejayaan lebih daripada target sekolah.
Pengetua mengumumkan keputusan PMR 2012 |
Pelajar mengambil keputusan mereka |
1. | Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. |
2. | Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas murid. |
3. | Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid. |
4. | Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai. |
5. | Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum. |
6. | Merancang, melaksana, mengawalselia sesi kaunseling individu secara profesional dan beretika. |
7. | Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid. |
8. | Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata murid elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, STAM dan STPM. |
9. | Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol. |
10. | Merancang, menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. |
11. | Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah. |
12. | Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid. |
13. | Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. |
14. | Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. |
15. | Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. |
16. | Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. |
17. | Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya di sekolah. |
18. | Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. |
19. | Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. |
20. | Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah. |
21. | Menjadi penyelaras dalam program PRS, Kelab Bimbingan dan Kerjaya dan program mentor-mentee sekolah. |
22. | Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan murid seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya. |
23. | Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat / Program Peningkatan Keselamatan Sekolah dan Penempatan (Kemasukan) murid di sekolah. |
24. | Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. |
25. | Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa. |